Friday, October 9, 2009

Box 3D


Box 3D First job saya dapat daripada CEO saya En Zaki Yusof. Produk terbaru dan tercanggih dengan sistem RFID (Radio frequency Identity) tanpa sentuhan round tag dengan jarak 10cm. Sistem yang diguna pakai untuk sebarang rondaan seperti pengawal keselamatan. Tidak terdapat dimana-mana kecuali di www.EZGuard.com.my sahaja.

Thursday, October 8, 2009

Free Download

Software Adobe Illustrator
Software Adobe Photoshop
Software Flash Player
Software Flex
Software InDesign
Software After Effect
Software Dreamweaver

Perbezaan


Perbezaan, memang cukup berbeza, ini idea sahabat saya yang mencabar saya untuk mengubah imej asalnya supaya nampak seperti lanun atau mambang. Ha ni la tuan punya muka, dah la tak hensem, tapi tak apa saya sahut cabaran beliau, saya sengaja mengabungkan sebelah menyabelah gambar asal dengan gambar yang telah ditokok tambah supaya mudah dilihat perbezaannya. Amacam ok tak? Fuh akhirya terbukti jua kebolehan saya (macam anggkuh je).

Kad Raya Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin


Kad Raya, Sempena Hari Raya AidilFitri ini saya cipta satu kad raya paling special untuk kawan-kawan saya, kad raya ni idea saya saya sendiri dan saya tak ciplak dari mana-mana kad raya yang sedia ada cuma imej pelita sahaja saya mintak daripada Mr.Google, Tema cahaya dipilih untuk kad raya ini.

Boomber Gabungan Typo dan Imej Buluh


Boomber, Idea yang datang secara spontan, saya sengaja mereka wallpaper ini atas dasar suka-suka dan tak tahu pula hasilnya boleh tahan juga. Caranya cukup mudah anda perlu taip apa sahaja perkataan yang anda suka, download apa sahaja gambar yang anda suka dan import photoshop kemudian edit warna dan potong megikut citarasa anda, jangan lupa anda hanya perlu blendmood imej keatas perkataan tadi, pastikan blendmood mengikut kesesuaian imej.
Untuk typo pula klik style dan anda setkan megikut kesesuaian imej. Akhir sekali pilih gradient dan pilih warna gelap unruk background.

Planet

Planet, Wallpaper yang dicipta dengan bertemakan planet dengan tulisan yang mengeluarkan percikkan api seperti terbakar, idea ini saya dapat dari sebuah gambar dari laman web Abduzeedo.com, saya cuba belajar untuk menghasilkan sebagai sebahagian artwork saya, dan ini dia hasilnya, rasa macam susah tetapi sebenarya cukup senang dan tidak banyak mengunakan layer pun,percikan api ini adalah imej sebenarnya, ia dipotong mengikut kretiviti saya dan imej perlulah disuaikan dengan sempurna dan kena pada tempatnya. font pula perlu dipilih jenisnya terlebih dahulu supaya sesuai dengan imej percikkan api tadi, double klik pada window layer dan style akan dipaparkan, setkan megikut kretiviti yang sesuai dengan imej percikkan api. Gradient dipilih untuk dijadikan background wallpaper dan warna gelap dipilih mengikut kretiviti.

Sprayed Strokes Effect


Penghasilan Sprayed Stroke Effect dalam perisian photoshop memberi effect yang sungguh menarik, gabungan dan rekaan perlulah seimbang dan sesuai dengan keadaan gambar. perkara yang perlu anda lakukan, Pertama sekali import gambar yang dikehendaki ke dalam perisian photoshop, duplicate gambar yang sama dalam layer kemudian sorokkan dahulu satu daripada gambar tadi, layer tadi perlu diberi nama background, potong gambar dan buang yang tidak diperlukan, anda perlu klik filter, artistic dan klik sprayed strokes kemudian setkan stroke lenght 14, spray radius 2, terpulang mengikut kretiviti anda. Buka imej yang disorokan tadi dan edit, buang background, adjustments level dan selective colour mengiku kesesuaian gambar atau mengikut kretiviti anda. akhir sekali crop saiz gambar yang dikeheendaki sekiranya perlu. Dah pun siap, x sampi 30 minit untuk menghasilkan kesan sprayed strokes. Anda boleh mencuba berpandukan teknik saya atau pun mengikut kretiviti anda sendiri, belajarlah dan teruskan usaha. Selamat Mencuba.

Calender


Calender. Design ini saya reka dalam masa 2jam sahaja, walupun nampak mudah tetapi cukup sukar untu saya kuasai, anda perlu cekap bermain dengan oposity dan fill dalam window layer, pilih blendmod denga memilih color dodge untuk mengkontrakan lagi warna supaya lebih bercahaya dan menarik, saiz font juga memainkan peranan dalam reka letaknya, sekiranya saiz tidak bersesuaian, imej akan nampak seperti cacat atau tidak seimbang, warna gelap dipilih bagi menimbulkan cahaya yang berada dihadapan. Adjust warna imej dengan betul dan seimbang. Wallpaper calender ini amat sukar sedikit berbanding wallpapaer yang lain kerana posisi dan reka letak kena perlu berhati-hati supaya kedudukan imej nampak lebih sempurna dan profesional.

Brush Effect

Brush Effect. Teknik penggunaan brush yang betul boleh menampakkan lagi gaya persembahan yang cantik dan bermutu, brush adalah salah satu alat dalam perisian photoshop,untuk mengunakan brush, dalam window layer cipta layer baru bagi brush,ini penting kerana sewaktu rekaan sedang dijalankan,layer brush boleh diubah sesuka hari tanpa menganggu imej lain daripada berubah. brush boleh dicipta sendiri ataupun didownload sahaja di dalam mana-mana website yang menyediakan bahan brush ini.

Fraser's Hill


Fraser's Hill. Foto ini adalah gambar sahabat saya dan foto ini juga diberi oleh sahabat saya kepada saya untuk tujuan direka, teknik pose ala-ala gaban, sudut shoot dari bawah dengan sudut perspektif, warna kuning dijadikan sebagai pancaran cahaya dari bawah dan atas, imej diedit dengan baik dan seimbang dengan backgraound,erase juga digunakan bagi membuang bahagian-bahagian yang kurang menarik dan tidak bersesuaian dengan sesuatu tempat yang telah diubah kombinasi warnanya.Design ini siap dalam masa 1jam sahaja.

Wallpaper Ramadhan 2009

Wallpaper Ramadhan 2009 bertemakan biru terang dan gelap sebagai backgroud yang dipilih menjadi sumber inpirasi penghasilan background lebih menarik dan terang bagi menjelaskan imej yang berada di hadapan, gradient bulatan dipilih untuk menghasilkan background yang simple dan menarik. imej yang berada di atas perlulah terang dan seimbang supaya gabungan warna dan imej nampak real dan cantik. Garisan-garisan bercahaya juga diperlukan bagi menyerikan suasana background supaya tidak nampak suram dan kelam. Posisi ruang dan rekaletak perlulah sesuai dengan ruang supaya nampak lebih kemas dan tersusun, ruang juga memainkan peranan penting dalam penghiasan setiap kedudukan imej. Pengubahan saiz yang kerap didalam photoshop tidak digalakkan kerana kualiti imej boleh berkurangan dan ini boleh menjejaskan keadaan rekaan grafik kita.

Geng Grafik

Wallpaper Geng Grafik ini adalah sebahagian dari gambar-gambar sahabat saya,gambar ini diambil semasa sesi fotografi dijalankan dihadapan ruang legar Dewan Mesra Perdana.Macam-macam gaya dan gelagat yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat saya ni,mereka ni sebenarnya pantang nampak camera tak kira dimana jua mereka tetap akan tunjukkan trademark pose masing-masing.

Teknik penghasilan wallpaper Geng Grafik ini saya memilih brush sebagai latarbelakang wallpaper, saya juga memilih warna-warna yang bersesuaian untuk menampakkan dan menonjolkan imej yang berada dihadapan, rekaletak disusun dengan sempurna dan kemas supaya nampak lebih seimbang.