Tuesday, May 18, 2010

MESYUARAT KHAS PERCUTIAN KE LANGKAWI


Mesyuarat Khas Percutian Ke Langkawi sempat juga dilakukan oleh group kami pada 15 May 9.00 malam di Restoran D' Station Tanjung Karang, Selangor baru-baru ini, ramai juga yang hadir.

Sebelum mesyuarat dijalankan majlis dirasmikan dengan on9 facebook. hahaha agak kelakar jugalah, layan facebook dahulu sebagai mukadimah sampai semua bateri low barulah mesyuarat di mulakan, bnyk gak perkara-perkara penting yang dibentangkan dan dibincangkan perjalanan dari kampung hingga sampi di Langkawi semuanya dibincangkan secara detail.

"JOM REHAT-REHATKAN MINDA DI LANGKAWI"


Saturday, May 15, 2010

Percutian Ke Langkawi

Poster Percutian Ke Langkawi


Sempena Percutian Ke Langkawi pada tarikh 16 Dec 2010 akan datang ni, saya ciptakan poster khas sempena percutian yang akan berlangsung ni.

ermmm...proses tak susah sangat, cukup mudah dan cepat, rasanya kalau saya cerita di sini mungkin anda juga boleh melakukan dan mungkin hasil lebih gempak daripada poster saya ni.

Mula-mula kita perlu mencari gambar-gambar yang sesuai, saiz px gambar perlulah besar, kualiti cantik dan bersesuaian.

Langkah kedua : potong setiap gambar dengan menggunakan Pentool ataupun gunakan eraser ubah mata brush ikut kesesuaian dan kehendak anda.

Langkah ketiga pilih : background paling sesuai, tampal mengikut saiz yang diperlukan.

Langkah keempat : import semua gambar yang telah dopotong tadi kemudian susun mengikut kretiviti anda, saiz dan juga ruang perlu diambil kira kerana jika diabaikan imej yang di tampal tidak nampak begitu sesuai dan tidak menarik, kemungkinan gambar nampak serabut.

Langkah terakhir : siap jek proses tampal menampal, kedudukan dh ok, saiz cun tersusun cantik, sekarang boleh gunakan plugin Topaz Adjust tuk naikkan seri warna imej, set dalam Topaz Adjust dengan kretiviti setaip satu pe satu imej supaya bersesuaian dengan setiap imej yang ada, proses ni perlukan kemahiran ton warna jika tidak imej nampak macam terlalu over sagat dan imej serabut.



Sunday, February 7, 2010

Header dan ebook caver

Salam sejahtera kepada sahabat-sahabat sekalian, wah lama juga saya tak update blog saya ni, maklumlah sekarang ni sibuk sikit, kena mengemas untuk pindah office baru nti.

Dalam kesibukan sekarang ni datang pula rezeki Alhamdulillah syukur, datang seorang pelanggan menempah Header dan ebook caver, ebook yang dijual adalah "AIR PENJIMAT PETROL".

Biasanya rekaan baru yang saya buat ni mengikut kesesuaian tajuk dan tema sesuatu produk.
gambar yang akan digunakan bagi proses membuat header dan ebook haruslah sesuai dan kena pada tajuk produk, imej juga memainkan peranan dan kualiti pada sesuatu produk lebih berkualiti dan terjamin.


Header untuk ebook


Saiz standart bagi sebarang header adalah dari 700px hingga 900px, bergantung kepada lebar website anda.



ebook caver jenis novel


Pelbagai jenis ebook caver boleh dihasilkan tetapi setiap rekaan perlulah seimbang sama padan dengan header, ini bertujuan menjaga kekemasan ebook atau website anda nanti. Jika anda memilih biru, maka biru alah warna yg mesti ada dalam setiap rekaan.

ebook caver jenis binder



ebook caver jenis enzine dalam posisi baring

Monday, November 16, 2009

Karya Baru Hasil Daripada Penangan Photoshop/Topaz Adjust

Header

Pelbagai media dan teknik boleh digabungkan dan digunapakai untuk membuat sesuatu bentuk header, header boleh dicipta dalam pelbagai rekabentuk, setiap rekabentuk perlulah sesuai dengan tema yang dipilih.
Biasanya header dibuat untuk dijadikan penghias website, biasanya header ini berada di sebelah atas setiap website, bagi sesebuah website yang melakukan urusan jual beli, header membunyai keistimewaan tersendiri bagi menarik perhatian pelawat untuk rasa ingin membaca isi website tersebut, ini membantu perkembangan perniagaan sesebuah syarikat.



Kesan Topaz Adjust

Teknik dan caranya, hanya mengubah latarbelakang foto, save dalam format jpeg dan akhir sekali ubah mood foto dengan Topaz Adjust.



Foto 1

Foto 2

Foto 3
Teknik dan cara juga sama dengan foto diatas, tetapi sedikit perbezaan dimana latarbelakang foto masih digunakan dan asli, hanya mood sahaja yang diubah.

Makeup

Setiap foto yang anda ambil mengunakan camera perlu di makeup dan dibersihkan supaya foto nampak lebih cantik dan jelas selepas dicetak, cara ini membuatkan foto lebih berkualiti dan bernilai, caranya mudah hanya mengunakan perisian photoshop sahaja.

Thursday, October 22, 2009

Tutorial Kesan Foto Setelah Di Ubah Dengan Menggunakan Topaz Adjust Di Dalam Photoshop

Topaz Adjust

Gambar foto sebelum Topaz Adjust digunakan




Gambar foto setelah Topaz Adjust digunakan


4 langkah yang perlu dilakukan untuk mendapatkan foto seperti ini :




Langkah 1




Langkah 2




Langkah 3




Langkah 4


Jika foto yang anda buat tidak begitu menarik, anda perlu ubah dan setkan semula di topaz adjust mengikut kesesuaian foto yang anda pilih.

Ini kerana setiap foto mempunyai kualiti yang berbeza-beza.
Foto yang kurang pengcahayaan tidak akan memberi kualiti dan hasil yang baik.

Selamat mencuba.

Saturday, October 17, 2009

Neo Gabung Evo

Neo Gabung Evo



Assalamualaikum geng-geng semua. Bila time tengah bosan-bosan macam ni ada saja idea yang datang sampai melimpah ruah, kalau anda semua tengok kat atas ni adalah dua buah biji kereta yang saya gabungkan menjadi satu.
pewhh mula-mula fikir boleh buat ke tak ni, cuba sajalah. buat punya buat tegok macam tak jadi, datang pulak kawan serumah saya mencurahkan idea...
Hahahaha, apa lagi saya ubah background yang putih kosong tak ada apa-apa sampai jadi diatas yang anda tegok ni.
Topaz Adjust saya gunakan untuk mengubah warna asal kereta menjadi lebih menarik. Ermm hasilnya boleh tahan hahahahaha...

Thursday, October 15, 2009

Ubah foto dengan Exposure dan Selective Color Options

Ya kawan-kawan saya ada benda baru untuk dikongsi bersama, jom kita belajar ubah foto dengan menggunakan Exposure dan Selective Color Options, foto nampak lebih menarik tau.

Ok mula-mula sekali kenalah ada foto, foto yang kita pilih mestilah yang mempunyai lighting yang baik. Foto yang rendah kualiti dan kurang pencahayaan tidak akan memberikan hasil yang baik.

Sekiranya perlu, laraskan pencahayaan foto anda dengan menggunakan Adjustment > Level atau Curve.


Duplicate 2 foto yang sama dan namakan imej 1 dan imej 2.



Edit imej 1 dengan pergi ke Filter > Filter Gallery > Accented Edges > setkan Edge Witch 1% > Edge Brightness 27% > Smoothness 5% dan ok.



Imej 2

Edit imej 2 pula untuk buang background dengan pergi ke Polygonal Lasso Tool, Zoom imej potong dan buangkan.



Edit warna imej dengan pergi ke Create New Fill or Adjustment Layer.



Selective Color > Black +17% > Yellow +100% > Magenta +4% > Cyan +-2%



Pilih Color Blues > Black +100% > Yellow +93% > Magenta +15%



Pilih Color Neutral > Black -32% dan klik Ok. Ubah Opacity 71%.



Duplicate imej satu dan namakan imej 3, pastikan imej 3 di kedudukan teratas dalm window layer.


Imej 3

Akhir sekali klik Create New Fill or Adjustment layer > Exposure +0.043 > Offset -0.0098 > Gamma Correction 1.09, klik Ok dan siap!!!



Anda berjaya mengunakan Exposure dan Selective Color Options dengan sempurna.
Inilah hasilnya, sekiranya anda tidak rasa berpuas hati dengan hasil anda, anda boleh adjust semula mengikut kretiviti anda sendiri. Selamat mencuba.

Monday, October 12, 2009

HDR Imaj

HDR Imaj (High Dinamic Range)

Imaj asal sebelum proses pengubahsuaian kepada HDR dilakukan.

Sebelum


Selepas

Selepas proses Pengubahan imej asal kepada imej HDR.



Lagi contoh HDR



Sebelum


Selepas




Lagi contoh HDR


Photo Semasa Konvoi Bermotosikal Bawah 250cc



Selepas Sebelum

Friday, October 9, 2009

Box 3D


Box 3D First job saya dapat daripada CEO saya En Zaki Yusof. Produk terbaru dan tercanggih dengan sistem RFID (Radio frequency Identity) tanpa sentuhan round tag dengan jarak 10cm. Sistem yang diguna pakai untuk sebarang rondaan seperti pengawal keselamatan. Tidak terdapat dimana-mana kecuali di www.EZGuard.com.my sahaja.

Thursday, October 8, 2009

Free Download

Software Adobe Illustrator
Software Adobe Photoshop
Software Flash Player
Software Flex
Software InDesign
Software After Effect
Software Dreamweaver

Perbezaan


Perbezaan, memang cukup berbeza, ini idea sahabat saya yang mencabar saya untuk mengubah imej asalnya supaya nampak seperti lanun atau mambang. Ha ni la tuan punya muka, dah la tak hensem, tapi tak apa saya sahut cabaran beliau, saya sengaja mengabungkan sebelah menyabelah gambar asal dengan gambar yang telah ditokok tambah supaya mudah dilihat perbezaannya. Amacam ok tak? Fuh akhirya terbukti jua kebolehan saya (macam anggkuh je).

Kad Raya Salam AidilFitri Maaf Zahir Batin


Kad Raya, Sempena Hari Raya AidilFitri ini saya cipta satu kad raya paling special untuk kawan-kawan saya, kad raya ni idea saya saya sendiri dan saya tak ciplak dari mana-mana kad raya yang sedia ada cuma imej pelita sahaja saya mintak daripada Mr.Google, Tema cahaya dipilih untuk kad raya ini.

Boomber Gabungan Typo dan Imej Buluh


Boomber, Idea yang datang secara spontan, saya sengaja mereka wallpaper ini atas dasar suka-suka dan tak tahu pula hasilnya boleh tahan juga. Caranya cukup mudah anda perlu taip apa sahaja perkataan yang anda suka, download apa sahaja gambar yang anda suka dan import photoshop kemudian edit warna dan potong megikut citarasa anda, jangan lupa anda hanya perlu blendmood imej keatas perkataan tadi, pastikan blendmood mengikut kesesuaian imej.
Untuk typo pula klik style dan anda setkan megikut kesesuaian imej. Akhir sekali pilih gradient dan pilih warna gelap unruk background.

Planet

Planet, Wallpaper yang dicipta dengan bertemakan planet dengan tulisan yang mengeluarkan percikkan api seperti terbakar, idea ini saya dapat dari sebuah gambar dari laman web Abduzeedo.com, saya cuba belajar untuk menghasilkan sebagai sebahagian artwork saya, dan ini dia hasilnya, rasa macam susah tetapi sebenarya cukup senang dan tidak banyak mengunakan layer pun,percikan api ini adalah imej sebenarnya, ia dipotong mengikut kretiviti saya dan imej perlulah disuaikan dengan sempurna dan kena pada tempatnya. font pula perlu dipilih jenisnya terlebih dahulu supaya sesuai dengan imej percikkan api tadi, double klik pada window layer dan style akan dipaparkan, setkan megikut kretiviti yang sesuai dengan imej percikkan api. Gradient dipilih untuk dijadikan background wallpaper dan warna gelap dipilih mengikut kretiviti.

Sprayed Strokes Effect


Penghasilan Sprayed Stroke Effect dalam perisian photoshop memberi effect yang sungguh menarik, gabungan dan rekaan perlulah seimbang dan sesuai dengan keadaan gambar. perkara yang perlu anda lakukan, Pertama sekali import gambar yang dikehendaki ke dalam perisian photoshop, duplicate gambar yang sama dalam layer kemudian sorokkan dahulu satu daripada gambar tadi, layer tadi perlu diberi nama background, potong gambar dan buang yang tidak diperlukan, anda perlu klik filter, artistic dan klik sprayed strokes kemudian setkan stroke lenght 14, spray radius 2, terpulang mengikut kretiviti anda. Buka imej yang disorokan tadi dan edit, buang background, adjustments level dan selective colour mengiku kesesuaian gambar atau mengikut kretiviti anda. akhir sekali crop saiz gambar yang dikeheendaki sekiranya perlu. Dah pun siap, x sampi 30 minit untuk menghasilkan kesan sprayed strokes. Anda boleh mencuba berpandukan teknik saya atau pun mengikut kretiviti anda sendiri, belajarlah dan teruskan usaha. Selamat Mencuba.

Calender


Calender. Design ini saya reka dalam masa 2jam sahaja, walupun nampak mudah tetapi cukup sukar untu saya kuasai, anda perlu cekap bermain dengan oposity dan fill dalam window layer, pilih blendmod denga memilih color dodge untuk mengkontrakan lagi warna supaya lebih bercahaya dan menarik, saiz font juga memainkan peranan dalam reka letaknya, sekiranya saiz tidak bersesuaian, imej akan nampak seperti cacat atau tidak seimbang, warna gelap dipilih bagi menimbulkan cahaya yang berada dihadapan. Adjust warna imej dengan betul dan seimbang. Wallpaper calender ini amat sukar sedikit berbanding wallpapaer yang lain kerana posisi dan reka letak kena perlu berhati-hati supaya kedudukan imej nampak lebih sempurna dan profesional.

Brush Effect

Brush Effect. Teknik penggunaan brush yang betul boleh menampakkan lagi gaya persembahan yang cantik dan bermutu, brush adalah salah satu alat dalam perisian photoshop,untuk mengunakan brush, dalam window layer cipta layer baru bagi brush,ini penting kerana sewaktu rekaan sedang dijalankan,layer brush boleh diubah sesuka hari tanpa menganggu imej lain daripada berubah. brush boleh dicipta sendiri ataupun didownload sahaja di dalam mana-mana website yang menyediakan bahan brush ini.

Fraser's Hill


Fraser's Hill. Foto ini adalah gambar sahabat saya dan foto ini juga diberi oleh sahabat saya kepada saya untuk tujuan direka, teknik pose ala-ala gaban, sudut shoot dari bawah dengan sudut perspektif, warna kuning dijadikan sebagai pancaran cahaya dari bawah dan atas, imej diedit dengan baik dan seimbang dengan backgraound,erase juga digunakan bagi membuang bahagian-bahagian yang kurang menarik dan tidak bersesuaian dengan sesuatu tempat yang telah diubah kombinasi warnanya.Design ini siap dalam masa 1jam sahaja.

Wallpaper Ramadhan 2009

Wallpaper Ramadhan 2009 bertemakan biru terang dan gelap sebagai backgroud yang dipilih menjadi sumber inpirasi penghasilan background lebih menarik dan terang bagi menjelaskan imej yang berada di hadapan, gradient bulatan dipilih untuk menghasilkan background yang simple dan menarik. imej yang berada di atas perlulah terang dan seimbang supaya gabungan warna dan imej nampak real dan cantik. Garisan-garisan bercahaya juga diperlukan bagi menyerikan suasana background supaya tidak nampak suram dan kelam. Posisi ruang dan rekaletak perlulah sesuai dengan ruang supaya nampak lebih kemas dan tersusun, ruang juga memainkan peranan penting dalam penghiasan setiap kedudukan imej. Pengubahan saiz yang kerap didalam photoshop tidak digalakkan kerana kualiti imej boleh berkurangan dan ini boleh menjejaskan keadaan rekaan grafik kita.